Friday 9 December 2011

12. Cari jalan

Renungku pada awan, tembus pada hati.
Renungku pada bintang, tembus pada hati.
Renungku pada bulan, tembus pada hati.
Renungku pada mata hati, tembus pada matahari.

Silau,
Kilau,
Mencari cahaya yang semakin kelam.
Mencari sinar yang semakin karam.
Kosong,
Sesat dalam jutaan.
Cari jalan kanan.
Terarah ke jalan kiri.

7 comments:

  1. mungkin kamu perlukan seseorang. buat peneman kamu ke jalan di sebelah kanan sana :)

    ReplyDelete
  2. ikut jln tengah,
    kau rasa sendiri..
    jutaan fantasi,
    seperti menanti-nanti

    ReplyDelete
  3. kadang, harus biar pejam; dan benarkan hati yang berlari sendiri menafsir birai angin yang mengusik gegendang dengar.

    harusnya, hati lebih bisa bertemu hati.

    barangkali.

    tapi.
    kalau hati sendiri separauh masak, bagaimana mahu terasa ranum dalam kunyahan nanti.

    ReplyDelete
  4. itulah pengalaman dalam realiti..

    ReplyDelete
  5. keliru. masih.

    namanya kehidupan bukan.

    ReplyDelete

mari sini kongsikan segala benih hatimu buat jiwaku.